Tuesday 27 October 2015

6.1 Pengurusan Sistem

Ia menerangkan tentang sistem yang terlibat dalam persekitaran kerja teknikal. ia merupakan satu

topik yang generik, tetapi utuk ujuan pembelajaran modul, ia akan dijelaskan dengan memberi

tumpuan kepada topik yang tertentu.


  • Sistem ialah satu set entity, sama ada yang boleh dilihat atau abstrak, yang mana setiap komponen berkait rapat dengan sekurang-kurangnya satu komponen yang lain dan mempunyai objektif yang sama.
  • Sistem Teori ini menekankan bahawa sesebuah organisasi adalah satu system dalam siri subsistem. Teori system menunjukkan bahawa setiap subsistem adalah komponen keseluruhan dan salaing bergantung kepada subsistem yang lain.
  • Jenis Reka Bentuk Sistem


**Terdapat beberapa jenis reka bentuk system iaitu Kejuruteraan Sistem, Sistem sains, Sistem dalam Sains Komputer dan Maklumat, dan Sistem Pemikiran. 

  1. Kejuruteraan Sistem ialah satu pendekatan yang menggabungkan beberapa elemen dan bertujuan untuk merealisasikan suatu sistem yang berjaya. Ia juga menggabungkan beberapa disiplin dan kumpulan-kumpulan khusus untuk membentuk satu proses pembangunan bersturktur yang terhasil daripada pembentukan konsep, pengeluaran, operasi dan pelupusan.
  2. Sistem Sains ialah satu terminologi yang telah digunakan semenjak 1960an yang merujuk kepada bidang sains yang meliputi teori sistem, sibernetik dan sains sistem kompleks.
  3. Sistem dalam Sains Komputer dan Maklumat ialah suatu sistem yang boleh menjadi satu kaedah atau algoritma . Diguna untuk merujuk kepad rangka kerja, sama ada perisian atau perkakasan, yang direka untuk membolehkan program-program perisian dijalankan.
  4. Sistem Pemikiran ialah corak pemikiran dan penyelesaian masalah. Ia mengenal pasti sifat-sifat sistem dalam permasalahan yang diberi. 


No comments:

Post a Comment