Sunday 26 April 2015

NOS

S I S T E M   P E N G O P E R A S I A N  R A N G K A I A N
 
*   Sistem Pengoperasian Rangkaian adalah sebuah jenis system operasi yang ditujukan untuk mengendalikan system rangkaian.

*   Sistem Pengoperasian Rangkaian( NOS ) juga mengawal dan menguruskan semua aktiviti yang dijalankan mana-mana computer di dalam rangkaian

*   Sistem Pengoperasian Rangkaian ( NOS ) bertindak sebagai pengarah bagi memastikan perjalanan rangakaian ini dapat berjalan dengan sempurna dan bersistematik
 
*   Secara umumnya, sistem pengoperasian ini terdiri atas banyak perkhidmatan yang ditujukan khas untuk melayani pengguna seperti perkhidmatan perkongsian fail, perkhidmatan berkongsi alat pencetak ( printer ) , DNS, HTTP dan sebagainya.



F U N G S I    N O S
 
*   Fungsi NOS ialah menghubungkan computer dan peralatan yang lain dalam sebuah sistem rangkaian

*   Selain itu, NOS berfungsi sebagai pengelola sumber jaringan

*   Menyediakan layanan atau perkhidmatan dalam rangkaian

*   Menyediakan kemudahkerjaan dalam suatu jaringan bagi beberapa pengguna.

*   Mengendalikan sumber dirinya sendiri juga untuk mengendalikan sumber-sumber computer lain yang berada dalam rangkaian.



  CIRI-CIRI NOS

*  Menyediakan perkhidmatan perkongsian fail (file sharing)
*  Menyediakan perkhidmatan setakan atau printing services
*  Menyediakan perkhidmatan keselamatan
*  Menyediakan perkhidmatan aplikasi atau application services






          JENIS- JENIS NOS

                                                                                    

 Terdapat 2 jenis-jenis NOS

*   Setiap computer yang dihubungkan pada rangkaian dapat berkomunikasi dengan computer-komputer lain secara langsung tanpa melalui computer perantara.

*   Sumber rangkaian ini terbahagi pada seluruh computer yang dihubungkan dalam rangkaian tersebut, baik dari sumber daya yang berupaya perkakasan mahupun perisian dan datanya.

*   Komputer yang dihubungkan dalam rangkaian peer to peer pada dasarnya mampu bekerja sendiri sebagai sebuah computer stand-alone

*   Rangkaian seperti ini sesuai untuk membina sebuah kumpulan kerja di mana setiap pengguna computer boleh saling berkongsi dalam penggunaan peranti keras.

*   Membolehkan pengguna untuk berkongsi maklumat, fail dan kebenaran kemasukan ( access ) untuk berkongsi maklumat daripada computer lain.

*   Komputer juga berfungsi sebagai client dan juga server

*   Juga dikenali sebagai workgroup iaitu menggambarkan kumpulan yang kecil.



      Kebaikan Peer to Peer


*      Kos dapat dikurangkan kerana fail pelayan yang dedikasi tidak diperlukan

*      Merupakan satu sistem operasi. Contohnya Windows 95 suda sememangnya ada di dalam sistem operasi. Ianya perlu dibentuk semula bagi membolehkan sistem pengoperasian sesama pelanggan beroperasi.


      Keburukan Peer to Peer


*      Tidak ada keselarasan bagi fail dan aplikasi

*      Tidak menyediakan ciri-ciri keselamatan bagi pelayan-pelanggan rangkaian.


Rangkaian client - server

*    Terdapat sebuah computer yang berfungsi sebagai server sedangkan computer yang lain berfungsi sebagai client

*    Komputer server bertugas untuk melayani seluruh computer yang terdapat dalam rangkaian tersebut.

*   Komputer client ( Workstation ) bertugas untuk menerima layanan dari computer server

*   Membolehkan rangkaian memusatkan fungsi dan aplikasi di dalam file server / fail pelayan

*   Sistem Pengoperasian Rangkaian membenarkan rangkaian tersebut memusatkan fungsi dan aplikasi di dalam satu atau lebih fail pelayan yang dedikasi.

*   File server menjadi nadi kepada sesebuah sistem, menyediakan laluan ke pelbagai sumber dan turut menyediakan ciri-ciri keselamatan.

*   Stesen kerja individu boleh menggunakan sumber-sumber yang terdapat di dalam fail pelayan.

*   Sistem Pengoperasian rangkaian ini turut menyediakan mekanisma yang membolehkan intergrasi di antara semua komponen

*   Membenarkan pelbagai pengguna berkongsi sumber maklumat yang sama walaupun berada di beberapa kedudukan fizikal yang berlainan


KEBURUKAN CLIENT-SERVER

ü Perbelanjaan - Memerlukan pelaburan yang banyak di dalam mendapatkan fail pelayan yang dedikasi.

ü Penyenggaraan – Rangkaian yang besar memerlukan sejumlah staff yang menjamin kecekapan operasi.


ü Permasalahan - Apabila fail pelayan mengalami masalah, segala operasi akan turut tergugat dan bermasalah.



Keperluan membina rangkaian client-server

1.    Suatu komputer sebagai pusat data yang disebut sebagai fail-server.

2.   Komputer sebagai tempat kerja yang disebut sebagai stesen kerja.

3.   Peralatan rangkaian seperti network interface card, hub dan lain.

4.   Media penghubung antarkomputer.

5.   System operasi rangkaian seperti Windows 2000 server, Windows 2003 server, windows NT
server, NetWare, unix, dan lain-lain.

6.   System operasi untuk stesen kerja seperti DOS, Windows 3.1x, windows 9x, Windows NT workstation, Windows XP, dan lain-lain.



Fungsi Komputer Server

1.     Melayani dan mengawal seluruh rangkaian.
2.    Melayani permintaan-permintaan daripada komputer stesen kerja.
3.    Mengawal hubungan komputer satu dengan komputer yang lain, termasuk hubungannya dengan peranti-peranti lain yang terdapat di dalam rangkaian.

Perkhidmatan Komputer Server
1.     Cakera sharing, berupa penggunaan kapasiti cakera secara bersama pada komputer client.
2.    Print sharing, iaitu berupa penggunaan alat pencetak secara bersama-sama.
3.    Penggunaan peranti-peranti lain secara bersama, demikian pula dengan data dan sistem aplikasi yang ada.
4.    Menetapkan keselamatan rangkaian dan data dalam rangkaian.
5.    Mengatur dan mengawal hak dan masa akses peranti-peranti yang ada dalam rangkaian.



Pemilihan Komputer Server
1.     Sistem operasi yang digunakan.
2.    Sistem aplikasi yang akan dijalankan.
3.    Seni bina rangkaian yang diterapkan.
4.    Jumlah komputer stesen kerja dalam rangkaian yang dilayani.
5.    Kemampuan dan daya tahan beroperasi dalam jangka masa tak terhad.
6.    Kompatibelitas terhadap produk rangkaian lain.
7.    Sokongan teknikal dari vendor peranti tersebut.

5.0   ASAS SISTEM PENGOPERASIAN RANGKAIAN
Terbahagi kepada 3 jenis iaitu:
1)         Windows Based
2)        Unix Based
3)        Linux Based






No comments:

Post a Comment