Sunday, 26 April 2015

Bahan komunikasi

BAHAN KOMUNIKASI
Bahan komunikasi mampu membantu dan meningkatkan kelancaran penyampaian maklumat. Proses persiapan untuk menyediakan bahan berkomunikasi adalah seperti berikut :
 Pertama sekali , Analisis situasi/ masalah. Selepas itu, dapat maklumat, dan buat persiapan.

Terdapat beberapa jenis format Bahan Komunikasi :
Terdiri daripada:
1.    Angka dan fakta
2.    Sampel atau gambarajah
3.    Penerangan
4.    Visual Aid – Graf , Jadual , gambar
5.    Pergerakan badan ( body language ) dan tanda ( signs ) semasa berkomunikasi . Contohnya : Air muka – ia menunjukkan perasaan sebenar semasa berkomunikasi samada focus atau bosan.
Isyarat tangan – mempunyai isyarat yang tertentu.
Nada suara – perlulah jelas dan sesuai dengan keadaan.

Protokol Komunikasi
Kepada siapa kita bercakap ianya mempengaruhi atau dipengaruhi oleh protocol mengikut pangkat dan status.
Pekerja Bawahan
Komunikasi hendaklah jelas dan boleh disampaikan dalam bentuk arahan dan memo.
Penyelia Atasan
Dijelaskan dalam bentuk taklimat atau perbincangan serta penghantaran laporan.
Memperbaiki Cara Komunikasi
Cara berkomunikasi dapat ditingkatkan dengan
a.     Keberkesanan percakapan
b.    Meningkatkan perbendaharaan kata dan tatabahasa
c.     Bahasa yang sesuai dan jelas
d.    Membina keyakinan diri
e.     Mentafsirkan maklumat secepat mungkin


Rintangan- rintangan Komunikasi
  1. Tanggapan yang berbeza
  2. Perbezaan bahasa
  3. Kebisingan
  4. Keadaan emosi
  5. Komunikasi tidak kekal
  6. Tiada keyakinan

Komunikasi Yang Baik
  • Tahu apa yang dibincangkan
  • Berusaha memberi kefahaman
  • Meneliti tujuan sebenar komunikasi
  • Berbincang
  • Berfikir sebelum berkomunikasi
  • Mengambil peluang
  • Komunikasi susulan
  • Menjadi pendengar yang baik

No comments:

Post a Comment