Wednesday, 3 September 2014

SOLDERING AND DESOLDERING


KOMPETENSI 3.4

Mengaplikasikan Peralatan dan komponen elektronik


          DEFINISI SOLDERING ( PEMATERIAN )

Soldering adalah proses menyambung pengalir ( wayar penyambung atau kaki komponen ) pada papan litar dengan mencairkan logam bagi menghasilkan litar elekronik.


          DEFINISI DESOLDERING ( MENYEDUT BAHAN PATERI )

Desoldering merupakan satu proses membuka semula soldering terdahulu selepas soldering dan kerja ini dilakukan semasa hendak menggantikan dengan komponen yang baru.


c.) JENIS –JENIS ALAT PEMATERI ( SOLDERING IRON )

ALAT PEMATERI BOLEH DIKLASIFIKASIKAN KEPADA 3


1.        Tenaga Elektrik ( Soldering Iron Tirus )


Kegunaannya ialah dilakukan untuk kerja-kerja kecil dan sederhana seperti memasang komponen elektrik / elektronik atau mengeluarkan komponen. Selain itu, Ia memerlukan kuasa antara 15-40 Watt dan cepat panas kurang 10 minit.


~ Soldering Iron Gun

Kegunaannya ialah untuk melakukan kerja sederhana berat dan sederhana. Selain itu, ia digunakan untuk memateri zink lembut, power transistor, wire yang kasar dan sebagainya. Seterusnya, kuasanya lebih kurang 70-120 Watt dan cepat panas apabila dibekalkan arus.


2.       Kuasa Bateri ( Battery Soldering Iron )


Kegunaannya ialah sama seperti soldering iron gun jenis elektrik. Selain itu, ia sangat sesuai digunakan dalam kerja pemasangan wire kereta dan sebagainya. Biasanya ia berbentuk kecil dan ringan.


3.       Gas ( Soldering iRon Test-Pan )


Soldering iRon Test-Pan merupakan jenis yang termoden buat masa ini. Selain itu, Ia berbentuk kecil seperti test- pan. Seterusnya, ia mudah dibawa kemana-mana dan dalam sebarang kerja yang ringan dan sederhana.



LANGKAH – LANGKAH PEMATERIAN

·         Panaskan tempat yang hendak dipateri

·        Sentuhkan timah pemateri ditempat komponen

·        Angkat besi pemateri dan timah apabila dicairkan



         

No comments:

Post a Comment