Wednesday 3 September 2014

Pengenalan kepada Gates Logic


Pada hari selasa yang lalu, 12 August 2014 . Kami pelajar ICT ( ICT CREW ) telah belajar tentang “ Perform Logic Gates Circuit and Related Devices”.

 

Gates Logic

o   Gate logic adalah susunan suis-suis terkawal yang digunakan untuk mengira operasi-operasi menggunakan logic Boolean dalam sesuatu litar digital.



o   Logik Boolean merupakan Bahasa yang universal dalam litar digital.



o   Komputer , kalkulator dan lain-lain peranti digital adalah contoh litar elektronik digital yang pada asasnya dibina daripada gate-gate.

 

Dalam system pengkomputeran, masukan ( input )/ keluaran
( output ) atau 1/0 adalah sekumpulan antara muka ( interface ) bagi
unit-unit pelbagai fungsi ( sub system ) bagi satu system pemproses
maklumat yang digunakan untuk berhubung/ berkomunikasi antara 1
 sama lain atau ia juga boleh dimaksudkan sebagai isyarat atau
maklumat yang dihantar melalui antara muka ini.

 

 

 

JADUAL KEBENARAN/ TRUTH TABLE

 

Jadual kebenaran menunjukkan keluaran bagi semua kemungkinan kombinasi masukan. Jumlah kombinasi masukan sesuatu get logic bergantung kepada jumlah masukan get.

N=2n

Dengan N= JUMLAH BILANGAN KOMBINASI MASUKAN

                 = JUMLAH MASUKAN SESUATU GET LOGIK.

 

No comments:

Post a Comment