Wednesday 3 December 2014

keadaan semasa cuti

hmmp , time cuti nhee .. lama dak bukak ne blogger bhaa. jgan risau , akan ku sambung nnty tahun depan untuk kasi update post nya . hhaha . ak rindulah di makmal kami di Kolej Vokasional Lahad Datu . Makmal kesayangan kan . hmmp . suka dan duka ada di sanaaa , d sana ak belajar sesuatu yang baru dari kawan2 dan juga gurru sayaa .. hmmp . like laaa nie tempatt .  p Cyber baru dapat update blog . Bloge untuk 4 tahun . untuk pengetahuan kamu . ak baru tahu mcam mna mau hantar email. ini lah pengalaman pertama kuu . hahah . dak paaa ICT goooooo .. hahhaa . lebiuu blogg . see u next time yaa. .. misss uu .. hahha . hope ak dak lupalaaa nee blogg .. haha . blog yang ketiga uda nee . ak lupa password la . email laa .. hahhaa .. dak paa. ak take note udaaaa ..

Wednesday 15 October 2014

PERSIAPAN UNTUK AMALI KSK 201

Pada hari Isnin yang lalu, budak ICT KVLD telah mengulangkaji berkaitan dengan Subnetting. Subnetting ialah proses memecah suatu IP jaringan ke sub jaringan yang lebih kecil yang disebut "subnet".

ULANGKAJI 1

Network Address 192.168.1.0/26

Pertanyaannya ialah berapakah jumlah subnet?

fOrmula bagi jumlah subnet ialah 2^y . Oleh itu, kita boleh memecah IP address tersebut mengikut octet dan nilai bit yang bersamaan dengan 26 nilai bit . 26 nilai bit ialah seperti berikut ( 11111111. 11111111. 11111111. 11000000 ). Mengapakah 1nya kurang di octet yang terakhir?? Ini kerana nilai 1 tersebut mengikut nilai bit yang telah diberikan. Jika nilai bit ialah 21 maka 1 akan ada sebanyak 21 . Dengan itu, saya boleh menjelaskan bahawa jumlah subnet ialah 2^2 = 4 Subnet .
Ini kerana 2 akan di ^ dengan nilai bit yang berada di octet terakhir.


Selain itu, fOrmula bagi  Jumlah Host per Subnet pula ialah ( 2^y-2)
jumlah host per subnet sma dengan jumlah subnet cuma jumlah host per subnet dikira dengan mengirakan nilai kosong yang ada di octet terakhir . Oleh itu, saya boleh menjelaskan bahawa nilai jumlah host per subnet ialah 2^6-2= 62 per subnet.  Seterusnya, blok subnet pula ialah sama dengan IP max- nilai octet yang terakhir subnet mask ).  Sebagai contoh, IP max bersamaan dengan 256, nilai octet terakhir subnet mask pula 224 . 224 ini didapati dari nilai bit yang terletak di octet yang terakhir.

Jika kita ingin mencari Alamat Host dan Broadcast yang valid pula dibuat dengan Table yang mengandungi bilangan, network , alamat valid dan broadcast. Network akan dimulakan dengan 0, alamat valid akan dibuat dari 1 - nilai blok subnet -2 .dan Broadcast pula ialah nilai sebelum blok subnet .. contohnya , nilai blok subnet 64 , maka Broadcastnya ialah 192.168.1.63 .


Ulangkaji yang seterusnya ialah soalan pengukuhan .

Sebuah syarikat ingin membuat subnet rangrkaian yang mempunyai 27 host (pc). Subnet mask manakah yang paling sesuai untuk digunakan. 

Dengan masalah yang kita ada, kita boleh menggunakan formula yang sama seperti yang ditunjukkan di ulangkaji 1 .

Jumlah subnetnya ialah 2^3=8 subnet . Hal ini kerana terdapat 3 nilai bit yang berada di octet yang terakhir. Seterusnya , jumlah host per subnet pula 2^5-2 = 30 host per subnet. Ini kerana terdapat 5 nilai kosong pada octet yang terakhir. Blok subnet pula ialah 256-224 = 32 blok . 224 didapati dari pengiraan bagi setiap nilai octet .


Soalan pengukuhan yang terakhir pula ialah:

Sebuah komputer A gagal disambungkan Internet melalui LAN  ( switch ) . Konfigurasi adalah seperti yang ditunjukkan .



router  192.0.2.179/27
            198.18.166.33/27

switch

Komputer A  ( Address: 198.18.166.65)
                      ( Mask : 255.255.255.240)
                      (Gateway: 198.18.166.33)

Apakah masalah yang telah berlaku ??
= Ungkapan CIDR pada router 1 ialah 198.18.166.33/27. Oleh itu, dalam bentuk decimal subnet mask yang sepatutnya yang digunakan oleh komputer A ialah 255.255.255.224 . Masalah yang seterusnya pula ialah alamat IP yang salah . Blok subnet  256-224- 32.

 Masalah yang seterusnya ialah terdapat router yang mempunyai alamat IP 192.168.1.1/24 . Sebuah komputer A mempunyai address 192.168.10.50, subnet mask 255.255.255 224 dan gateway 192. 168.1.2 .

Apakah masalah yang telah dihadapi sekarang ?

Masalahnya ialah subnet mask yang telah diberikan ialah salah kerana nilai bit yang telah diberikan ialah 24 . Address yang telah diberikan ialah salah juga kerana addres yang sebetulnya ialah 192.168.1.67. Gatewaynya juga salah kerana sepatutnya gatewaynya ialah 192.168.1.1 hal ini kerana gateway harus sama dengan router .

Sunday 28 September 2014

EKSPO PERTANIAN KOLEJ VOKASIONAL LAHAD DATU

Pada 27 September 2014, telah berlangsungnya Ekspo Pertanian di Kolej Vokasional Lahad Datu. Banyak aktiviti yang telah dilaksanakan antaranya ialah Pertandingan Memancing, Pertandingan Bintang Cilik, Pertandingan Memasak dan Pertandingan mewarna bagi kategori kanak-kanak. Ramai pengunjung yang datang mengunjungi blok-blok pameran bagi setiap kursus . Tidak lupa juga pihak Kolej juga telah menjemput kolej pertanian, pusat pertanian yang berdekatan dan bank yang menawarkan modal dalam pertanian. Kami dari 1 ICT iaitu fisrt batch bagi tahun ini,sangat berbangga kerana kami telah berjaya bekerjasama dengan pensyarah kami iaitu Mr. KK dan Mr. Johny untuk menjayakan pameran kami walaupun tidak seberapa. Kami telah menyediakan Pertandingan Typing Test untuk menguji kelajuan dan ketepatan anda untuk menaip. Selain tu, kami juga telah menyediakan Sesi gambar kenang- kenangan untuk sesiapa yang berminat. Kami juga telah memberikan harga yang murah untuk harga mencuci gambar bersaiz A4 dan A3 dengan harga RM3 hingga RM 35 bagi yang berbingkaii ...

    Kami sangat ennjooy semasa Ekspo kerana banyak pameran yang telah dipamerkan kepada para pengunjung. Bagi kursus yang lain seperti Ruminan, mereka telah menyediakan pameran berkaitan dengan penjagaan lembu dan sebagainya. Saya juga sempat bergambar dengan patung sampel mereka.



Seterusnya, bagi kursus Poltri pula mereka telah mempamerkan rabbit, Burung puyuh dan ayam di blok pameran mereka . Saya juga telah mengambil sampel gambar suasana mereka.


Selain itu, bagi landskap pula mereka telah memamerkan simen ferrooo ... mereka telah menjualnya dengan harga yang murah ... 1set RM230..


Sementara itu, bagi Hortikulur hiasan pula mereka telah mempamerkan bunga-bunga yang telah mereka gubah suai ... dan ramai pengunjung yang datang melihat pelbagai jenis bunga.

Bagi Agroindustri Tanaman pula, mereka telah menjual sayuran dan juga mempamerkan daun bunga.

Bagi mekanisasi agro pula, mereka telah mempamerkan enjin dan peralatan yang digunakan semasa menjalankan amali dan jentera yang telah mereka guna dan baiki.



Bagi Pemprosessan Hasil Pertanian pula, mereka telah menjual sos cili dan minuman halia. Di blok pameran mereka.



Bagi kami pula ICT, kami telah menjalankan aktivti Typing Test .. seramai 3 org pemenang yang telah memenangi pertandingan tersebut. Antaranya ialah Syafiqah dari AVTC , Julynley juga dari AVTC dan Cikgu Norhayati iaitu pensyarah Bioteknologi. Kami juga telah bekerjasama dengan Abg Azrull dan isterinya dari Dinamik Komputer yang terletak di Sri Perdana Lahad Datu. Banyak peralatan atau aksesories komputer yang telah dipamerkan.. Termasuklah monopod dengan harga yang murah RM18 ,Power Bank RM18 juga dan sebagainya . Kami sangat gembira kerana Ekspo ini dapat dijalankan dengan lancar ... Ramai pengunjung yang datang mengunjungi Tapak Pameran kami. Kami juga dapat belajar serba sedikit bagaimana hendak berniaga 1 hari nanti.. Saya akan mempamerkan gambar2 kami 1 ICT semasa Ekspo.



ini adalah keadaan kami semasa pengunjung datang melawat ke tapak pameran kami.



Ini gambar saya semasa saya mencuba monopod yang telah mereka pamerkan .. haha .. saya sangat gembira pada saat ini kerana saya berkesempatan untuk bergambar dengan monopod yang mereka telah jual.


Apapa pun ... kami tetpp enjjooyy laa... kami harap Tahun dpan kami dapat enjooyy ekspoo yang best lagy ... Kami akan merinduii ekspo pertanian 2014 ...

Last Picture ialahh semasaa Autoshow dan Sound Blast ....


Ini saja la darie saya ... di blogg ini ... sekiann ... terima kasihh ... 

EKSPOOO PERTANIAN KOLEJ VOKASIONAL LAHAD DATU ...

TERBAIKKKK ..!!!!!

Monday 15 September 2014

Ak dan ICT

 ISNIN, 15 SEPTEMBER 2014.



              Kisah kehidupan saya hari ini sebagai budak ICT, bersamaan dengan tarikh 15 September 2014, banyak yang telah kami lakukan di makmal kami . Pada awal paginya, kami telah membersihkan makmal kami.
       Tiba- tiba Cikgu Rustam datanglah nie bawak PCnya yang rosak. Kami kehairananlah Cikgu Rustam cakap yang PCnya tidak dapat on . So dia minta kami untuk membaiki PCnya yang telah rosak.  First tu kami check kipasnya kunun rosak , selepas itu kami mahu bongkar sudah semua tu PC tapi akhirnya check punya check rupanya Power Supplynya  yang rosak dan berkemungkinan terdapat komponen didalamnya yang telah rosak. Akhir sekali, kami telah melakukan banyak aktiviti hari ini dan kami sangat penat but the way kami ENJOYYY with our co-ordinator Master KK ..

That’s all fromm mee Stella Nie … haha
#just a post for your reading …

Wednesday 3 September 2014

Langkah- Langkah Pencegahan Virus Komputer

Langkah-langkah Pencegahan Virus


Mencegah Lebih Baik Daripada Mengubati. Amalan ini haruslah menjadi keutamaan
pengguna komputer. Antara langkah-langkah awal ialah ;
1. Jangan menggunakan disket atau sebarang storan yang tidak diketahui puncanya.

Disket yang tidak diketahui tersebut mungkin telah tercemar dengan virus. Amalan write-
protect disket hendaklah dilakukan selalu bagi mempastikan virus tidak dapat menulis
dirinya kedalam disket tersebut.
2. Jangan sesekali menggunakan perisian cetak rompak (pirated copy)

Perisian cetak rompak lazimnya ialah perangkap penulis virus. Perisian sebenar yang telah
dimodifikasi dengan memasukkan virus ini lazimnya dijual dengan harga yang amat murah.
3. Jangan membuka emel yang mempunyai attachment

Teknologi internet telah dipergunakan sepenuhnya oleh penulis virus. Virus kini mampu
disebarkan melalui pembacaan emel yang telah tercemar. Kebanyakan emel ini akan
mengandungi fail attachment. Kadang-kala ia tetap mengandungi virus walaupun dihantar
orang yang anda kenali.

Pastikan anda menelefon kenalan anda, bagi mempastikan adakah beliau benar-benar
telah menghantar emel yang mengandungi fail attachment kepada anda.

Antara virus yang menggunakan teknologi ini ialah ;

Anna Kournikova, Sircam, Code Red, Nimda dan ILoveYou.
 
4. Gunakan Perisian Anti-Virus.

Perisian anti-virus ialah perisian utiliti untuk mengesan dan memusnah
hkan virus. Terdapat perisian ini yang boleh didapati secara percuma di Internet antaranya ;
a. AVG Anti-virus

b. Free Anti-Virus

c. Innoculate IT (terdapat untuk OS windows95 keatas dan juga Palm OS)
Manakala anti-virus yang dijual dipasaran ialah ;

a. Mc Afee Anti-Virus

b. Norton Anti-Virus

c. Pc-Cillin

d. Armour Anti Virus

e. VBuster

f. Virus Rx (untuk komputer Apple)
Kebanyakan perisian anti-virus ini boleh di upgrade bagi mempastikan ia mengandungi
pangkalan data anti-virus terkini. Ia juga kadangkala menawarkan bantuan segera kepada
pengguna berdaftar.
VBuster umpamanya adalah perisian anti-virus yang amat terkenal malah ia digunakan oleh
 NASA. Ia dicipta oleh Dr. Looi Hong Thong yang berasal dari Pulau Pinang, Malaysia.
Mengenali tanda-tanda komputer anda diserang virus

Lazimnya virus komputer hanya boleh dikesan oleh anti-virus, namun begitu jika computer
 anda mengalami sintom-sintom berikut, adalah besar kemungkinan komputer anda telah
diserang virus.
Disket
1. Terdapat bad sector pada disket

2. Fail di dalam disket tiba-tiba sahaja tidak boleh digunakan.

3. Terdapat mesej di dalam directory disket anda.

4. Volume label telah berubah

5. Jumlah saiz fail berubah sedangkan anda tidak menggunakan fail tersebut.
HardDisk
1. Harddisk mengambil masa yang lama untuk boot.

2. Terdapat fail yang tiba-tiba sahaja tidak boleh digunakan

3. Terdapat bad sector

4. Terdapat directory atau fail baru yang dicipta tanpa pengetahuan anda.
5. Jumlah saiz fail berubah.
Komputer
1. Terdapat mesej yang dipaparkan pada skrin

2. Speaker memainkan muzik yang anda tidak tahu puncanya

3. Terdapat perkara pelik seperti fail tidak boleh di save , huruf pada skrin jatuh, terdapat
bola pingpong melantun pada skrin, pencetak mencetak mesej yang tidak diketahui dan
sebagainya.

4. Pertambahan macro pada fail-fail word, excel dan sebagainya tanpa pengetahuan anda.

SOLDERING AND DESOLDERING


KOMPETENSI 3.4

Mengaplikasikan Peralatan dan komponen elektronik


          DEFINISI SOLDERING ( PEMATERIAN )

Soldering adalah proses menyambung pengalir ( wayar penyambung atau kaki komponen ) pada papan litar dengan mencairkan logam bagi menghasilkan litar elekronik.


          DEFINISI DESOLDERING ( MENYEDUT BAHAN PATERI )

Desoldering merupakan satu proses membuka semula soldering terdahulu selepas soldering dan kerja ini dilakukan semasa hendak menggantikan dengan komponen yang baru.


c.) JENIS –JENIS ALAT PEMATERI ( SOLDERING IRON )

ALAT PEMATERI BOLEH DIKLASIFIKASIKAN KEPADA 3


1.        Tenaga Elektrik ( Soldering Iron Tirus )


Kegunaannya ialah dilakukan untuk kerja-kerja kecil dan sederhana seperti memasang komponen elektrik / elektronik atau mengeluarkan komponen. Selain itu, Ia memerlukan kuasa antara 15-40 Watt dan cepat panas kurang 10 minit.


~ Soldering Iron Gun

Kegunaannya ialah untuk melakukan kerja sederhana berat dan sederhana. Selain itu, ia digunakan untuk memateri zink lembut, power transistor, wire yang kasar dan sebagainya. Seterusnya, kuasanya lebih kurang 70-120 Watt dan cepat panas apabila dibekalkan arus.


2.       Kuasa Bateri ( Battery Soldering Iron )


Kegunaannya ialah sama seperti soldering iron gun jenis elektrik. Selain itu, ia sangat sesuai digunakan dalam kerja pemasangan wire kereta dan sebagainya. Biasanya ia berbentuk kecil dan ringan.


3.       Gas ( Soldering iRon Test-Pan )


Soldering iRon Test-Pan merupakan jenis yang termoden buat masa ini. Selain itu, Ia berbentuk kecil seperti test- pan. Seterusnya, ia mudah dibawa kemana-mana dan dalam sebarang kerja yang ringan dan sederhana.



LANGKAH – LANGKAH PEMATERIAN

·         Panaskan tempat yang hendak dipateri

·        Sentuhkan timah pemateri ditempat komponen

·        Angkat besi pemateri dan timah apabila dicairkan



         

Pengenalan kepada Gates Logic


Pada hari selasa yang lalu, 12 August 2014 . Kami pelajar ICT ( ICT CREW ) telah belajar tentang “ Perform Logic Gates Circuit and Related Devices”.

 

Gates Logic

o   Gate logic adalah susunan suis-suis terkawal yang digunakan untuk mengira operasi-operasi menggunakan logic Boolean dalam sesuatu litar digital.



o   Logik Boolean merupakan Bahasa yang universal dalam litar digital.



o   Komputer , kalkulator dan lain-lain peranti digital adalah contoh litar elektronik digital yang pada asasnya dibina daripada gate-gate.

 

Dalam system pengkomputeran, masukan ( input )/ keluaran
( output ) atau 1/0 adalah sekumpulan antara muka ( interface ) bagi
unit-unit pelbagai fungsi ( sub system ) bagi satu system pemproses
maklumat yang digunakan untuk berhubung/ berkomunikasi antara 1
 sama lain atau ia juga boleh dimaksudkan sebagai isyarat atau
maklumat yang dihantar melalui antara muka ini.

 

 

 

JADUAL KEBENARAN/ TRUTH TABLE

 

Jadual kebenaran menunjukkan keluaran bagi semua kemungkinan kombinasi masukan. Jumlah kombinasi masukan sesuatu get logic bergantung kepada jumlah masukan get.

N=2n

Dengan N= JUMLAH BILANGAN KOMBINASI MASUKAN

                 = JUMLAH MASUKAN SESUATU GET LOGIK.

 

Wednesday 27 August 2014

Pengiraan Subnetting

 Pada hari ini , pada tarikh 28.08.2014... 

Kelas ICT telah belajar tentang  Pengiraan Subnetting... 

# Pengiraan Subnetting boleh dilakukan dengan dua cara 

iaitu kaedah binary .. tetapi jika kita menggunakan kaedah 

binary ini pengiaraan kita agak lambat .. oleh itu, cara 

khusus yang lebih cepat. Permasalahan subnetting 

biasanya berkisar kepada jumlah subnet, Jumlah Host per

 Subnet, Blok Subnet dan Alamat Host Broadcast.


  • Penulisan IP Address umumnya dalam bentuk 192.168.1.2/ 24, yang membawa maksud IP Address 192.168.1.2. dengan subnet mask 255.255.255.0.

  •  /24 Bermaksud 24 bit subnet mask. Dengan kata lain, subnet mask adalah:

= 11111111 11111111 11111111 00000000 ( 255.255.255.0 )

= Konsep ini yang disebut dengan CIDR ( Classless InterDomain Routing ) yang diperkenalkan pertama kali pada tahun 1992.

WHAT IS SUBNET MASK??

Pada pendapat saya , subnet mask ini digunakan untuk 

mendapatkan maklumat mengenal network dan hostnya

pada sesuatu IP Address. Dengan subnet mask kita 

berupaya mengenalpasti IP Address mana yang berfungsi

 sebagai Subnet, Host, dan Broascast. Semua maklumat 

ini boleh didapati melalui SUBNET MASK sesuatu IP 

Address. 


CLASS A : RANGE OCTET PERTAMA= 1-127 : SUBNET MASK DEFAULT= 255.0.0.0 : PRIVATE ADDRESS= 10.0.0.0-10.255.255.255.

CLASS B : RANGE OCTET PERTAMA= 128-191 : SUBNET MASK DEFAULT= 255.255.0.0 : PRIVATE ADDRESS= 172.16.0.0- 172.31.255.255.



CLASS C : RANGE OCTET PERTAMA= 192-223 : SUBNET MASK DEFAULT= 255.255.255.0. : PRIVATE ADDRESS= 192.168.0.0- 192.168.255.255.





SUBNETTING


SUBNETTING …




# PENGERTIAN …

          Bagi saya …subnetting itu ialah proses memecahkan suatu IP jaringan ke sub jaringan lebih kecil yang disebut “ subnet “.

ü                 Subnet teknik untuk membolehkan administrator jaringan untuk memanfaatkan 32 bit IP Address yang tersedia dengan lebih cekap.

ü                  Teknik subnetting sebenarnya merupakan proses membuat skala jaringan lebih luas dan tidak dibatas oleh kelas-kelas IP.

ü                  Dengan subnetting, kita berupaya membuat network dengan jumlah host tertentu secara realistik sesuai mengikut keperluan. 



TUJUAN SUBNETTING ...


  •  Subnetting dibuat untuk memudahkan administrator jaringan memantau sistem termasuk sub-sub jaringan yang ada..

Subnetting dibuat untuk membolehkan pengguna mengakses sesuatu jaringan .

Monday 25 August 2014

Bagaimana cara menyembunyikan Folder



Bagaimana Caranya kita supaya kita dapat menyembunyikan sesuatu Folder..



o    Bagaimana cara untuk menyembunyikan folder … Mudah sahaja ! Kita boleh terus mempraktikkannya. Anggap saja kita akan menyembunyikan folder CONTOH yang ada di drive G.



Untuk melakukannya, klik kanan pada folder yang akan disembunyikan. Paparan menu konteks akan muncul. Pilih Propeties
o   Tetingkap Properties akan muncul dengan beberapa tab, seperti General, Sharing, Security dan lain-lain. Pada tab General akan muncul pilihan Hidden. Tandakan pilihan pada kotak tersebut. Kemudian klik OK. Beres. Folder akan tersembunyi. Jika Windows Explorer settings yang kita gunakan masih standard, maka jika kita melihat Drive G dengan Windows Explorer di mana folder Contoh berada secara automatik folder Contoh tidak akan kelihatan lagi .

IP ADDRESS



Sepanjang beberapa minggu ini kami telah belajar tentang IP Address …

Oleh itu, saya akan mengongsikan serba sedikit tentang IP Address … sebelum itu , 

kamu boleh lihat isi kandungan blog saya … yang berkaitan dengan IP Address.



PUBLIC AND PRIVATE IP ADDRESS

*     RFC is a standard that reserved several ranges of addresses within each of the classes A, B, and C.  As shown in the table, these private address consist of a single Class A network, 16 Class B networks  and 256 Class C networks. This gives a network administrator considerable flexibility in assigning internal address.

*     A very large network can use the Class A private network, which allows for over 16 million private addresses.

*     On medium size networks, a class privae network could be used , which provides over 65,000 addresses.

*     Home and small business networks typically use a single class c private address, whichallows up to 254 hosts.

*     The class A network, the 16 Class B networks, of the 256 Class C networking can be used within any size organization . Typically many organization use the Class A private network.

Address Class
Number of network Numbers Reserved
Network Address
A
1
10.0.0.0
B
16
172.16.0.0- 172.31.0.0
C
256
192.168.0.0- 192.168.255.0