Sunday 1 November 2015

PRIVASI DAN KESELAMATAN

Memahami ciri-ciri keselamatan dan privasi

Browser Internet menyediakan beberapa ciri yang membantu untuk melindungi privasi pengguna dan lebih selamat.

Ciri- ciri privasi membenarkan pengguna untuk melindungi maklumat peribadi yang dikenal pasti dengan membantu pengguna untuk memahami bagaimana laman web yang dilihat pengguna boleh menggunakan maklumat ini.
Ciri-ciri privasi Pelayar Internet termasuk :
  • ·         Tetapan privasi yang menentukan bagaimana computer berurusan dengan cookies . Cookies adalah fail yang dicipta oleh laman web yang menyimpan maklumat pada computer.
  • ·     Amaran privasi yang membolehkan pengguna tahu apabila pengguna cuba untuk mendapat akses ke laman web yang tidak memenuhi kriteria
  • ·                Keupayaan untuk melihat polisi privasi P3P sesebuah laman web.

Ciri-ciri keselamatan membantu untuk menghalang orang ramai daripada mendapat akses maklumat yang telah pun dihalang ( block ) oleh pengguna.

Ciri – ciri keselamatan dalam beberapa Browser Internet termasuk :

  • ·         Sijil, yang mengesahkan identity seseorang atau keselamatan laman web.
  • ·         Sambungan selamat 128- bit untuk menggunakan laman web selamat.
  • ·         Gunakan zon keselamatan untuk menetapkan tahap keselamatan yang berbeza untuk bahagian-bahagian web yang berlainan untuk membantu melindungi computer.

Perkongsian maklumat peribadi yang selamat

Terdapat Browser Internet yang boleh menyelamatkan pengguna daripada perlu memasukkan maklumat yang sama.

Apabila sebuah laman web meminta maklumat, permintaan akan memberitahu pengguna :
  • ·         Alamat laman internet yang meminta maklumat
  •    Apakah maklumat yang diminta oleh laman tersebut Pembantu Profil supaya pengguna boleh membuat pilihan sama ada untuk menyertakan maklumat atau tidak.
  • ·         Bagaimana maklumat ini akan digunakan.
  • ·         Sama ada laman web ini mempunyai sambungan selamat ( Lapisan soket Selamat atau SSL ). Jika ya, pengguna boleh mengesahkan sijil laman tersebut.

Memahami cookies

Laman internet menggunakan fail kecil yang dikenali sebagai cookies untuk mengesan keutamaan pengguna dan maklumat. Browser Internet mempunyai tetapan yang membolehkan pengguna untuk mengawal penyimpanan cookies pada computer.

Cookies ialah fail yang dicipta oleh laman Internet untuk menyimpan data ke dalam computer pengguna. Ia juga menyimpan maklumat peribadi iaitu yang digunakan untuk mengenal pasti atau menghubungi pengguna.

Setelah cookies disimpan di dalam computer, hanya laman web yang mencipta cookies boleh membacanya.
Terdapat beberapa jenis cookies, dan pengguna boleh memilih sama ada untuk membenarkan cookies yang mana akan disimpan pada computer. Jika pengguna tidak membenarkan cookies, mereka mungkin tidak dapat melihat beberapa laman web atau mengambil kesempatan daripada ciri-ciri penyesuaian.

  • ·         Persistent Cookie
  • ·         Session Cookie
  • ·         First- party Cookie
  • ·         Unsatisfactory Cookie

Melindungi computer dari perisian yang tidak selamat

Terdapat beberapa cara untuk melindungi computer dari perisian yang tidak selamat iaitu dengan pengguna mesti mengenalpasti dari mana program ini datang dan sama ada dari sumber yang diketahui dan boleh dipercayai. Selain itu, menggunakan teknologi tertentu untuk mengesahkan identity, sama seperti Teknologi Authenticode mengesahkan jika program ini mempunyai sijil sah. Seterusnya, pengguna boleh menentukan tetapan yang berlainan untuk Browser Internet memuat turun program dan fail, bergantung kepada zaon asal mereka.

Menggunakan Penasihat kandungan ( Content Advisor ) untuk mengawal akses.

Internet menyediakan akses yang unik untuk pelbagai jenis maklumat. Selepas mengaktifkan Advisor Kandungan, hanya kandungan undian yang memenuhi atau melebihi kriteria sahaja yang boleh dilihat. Tetapan tersebut boleh diselaras.

Dengan Penasihat kandungan , pengguna boleh :

  • ·         Mengawal akses kepada tetapan Penasihat Kandungan. Tetapan ini boleh dibuat dengan penggunaan kata laluan. Kata laluan ini diperlukan untuk menukar sebarang tetapan Penasihat kandungan.
  • ·         Melihat dan melaraskan tetapan penilaian untuk mencerminkan apa yang difikirkan pengguna adalah kandungan yang sesuai dalam setiap empat bahagian : bahasa, dewasa, dan keganasan.
  • ·         Menyesuaikan jenis kandungan yang orang lain boleh lihat dengan atau tanpa kebenaran pengguna.
  • ·         Menyediakan satu senarai laman web yang orang lain tidak boleh lihat
  • ·         Menyediakan satu senarai laman web yang sentiasa boleh dilihat oleh orang lain
  • ·         Melihat dan menukar penilaian system dan biro yang digunakan oleh pengguna.
**Penasihat kandungan ditetapkan kepada tetapan yang paling kenservatif apabila pengguna pertama mengaktifkannya.

**Tidak semua kandungan internet diberi kategori.


No comments:

Post a Comment