Monday 2 November 2015

KUMPULAN

Kumpulan boleh didefinisikan sebagai dua atau lebih individu yang bebas berinteraksi di antara 
satu sama lain, di samping berkongsi tujuan dan juga identity.

Terdapat empat dimensi untuk membentuk kumpulan iaitu :

  • ·         Sebuah kumpulan mesti memiliki dua orang atau lebih ahli
  • ·         Setiap individu adalah bebas berinteraksi di antara satu sama lain
  • ·         Setiap individu mesti berkongsi identity untuk berinteraksi di antara satu sama lain
  • ·         Setiap individu sama ada lelaki atau perempuan harus diiktiraf sebagai ahli di dalam kumpulan tersebut.


JENIS – JENIS KUMPULAN

Kebanyakan individu menganggotai kumpulan dengan berbagai jenis alasan . Sesetengah menganggotai kumpulan untuk kepuasan dirinya. Kumpulan terbahagi kepada dua iaitu kumpulan formal dan tidak normal.

Kumpulan Formal
Sebuah kumpulan yang ditubuhkan untuk meningkatkan produktiviti kerja. Ia juga dipanggil sebagai sebuah pasukan atau sebuah jawatankuasa kumpulan kerja. Kumpulan –kumpulan formal selalunya merupakan sebahagian daripada stuktur organisasi . Ia lebih kepada tujuan dan tugas-tugas yang berkaitan dengan pencapaian objektif organisasi.

Kumpulan Tidak Formal


Di dalam teori Hierarki Maslow, perasaan untuk dimiliki dan memiliki adalah merupakan satu motivasi yang mempunyai kuasa yang paling tinggi .  Kumpulan tidak formal merupakan sebuah kumpulan yang telah berkembang kerana ia membolehkan ahlinya berkongsi aktiviti, saling bertindak diantara satu sama lain dan mempunyai sentiment di kalangan ahli-ahli. Tujuan kumpulan tidak formal adalah memenuhi keperluan peribadi ahli-ahlinya. 

1 comment:

  1. Mgm Casino, Davenport – MapyRO
    Find the cheapest and 광주 출장마사지 quickest way to get Mgm Casino, Davenport to know your area & 논산 출장마사지 nearby. Mgm 태백 출장샵 Casino & Hotel 원주 출장안마 - 사천 출장마사지 Davenport, IA, 99045

    ReplyDelete