Monday 2 February 2015

TEKNOLOGI ATAU ICT DI KVLD

  Berdasarkan pemerhatian saya tahun ini , dunia kini semakin bertambah maju . Terutamanya dalam bidang ICT atau teknologi . Ramai rakyat Malaysia kini yang mengejar kekayaan dan kesenangan dalam era globalisasi ini . 

    Saya ingin menceritakan tentang pemerhatian yang berlaku di Kolej Vokasional Lahad Datu. Berdasarkan pemerhatian saya , ramai kalangan pelatih yang telah menggunakan Laptop atau komputer riba yang canggih . Selama ini , seperti yang kita ketahui bahawa laptop jenama ACER amat terkenal di dalam kalangan masyarakat  , namun kini ACER telah ditandingi oleh ASUS yang telah membuat atau mencapai laptop i7 iaitu laptop mempunyai had kelajuan yang tinggi dari laptop biasa . 
    Sekian saja dari saya , boleh kita guna laptop yang sedemikian , tetapi jangan disalah gunakan seperti memain game , dan sebagainya . Jangan merosakkan laptop yang sedia ada .


3 FEBRUARI 2015

 Pada hari ini , 3 February 2015 , saya telah mengemas dan menceriakan kelas 2 KSK  . Selaku penghuluwati saya harus menjalankan tugas saya dengan berdedikasi . Saya mesti memantau kekurangan dan keperluan di dalam kelas. Semasa di kelas , saya bersama dengan Farhan telah memasang kain di bawah papan putih supaya keadaan kelas nampak lebih ceria dan menarik . 

  Selain itu , saya juga telah berkenalan dengan freshie ICT / KSK tahun 1 . Mereka telah diwakili dalam 16 orang , 12 lelaki dan 4 perempuan . Mereka juga telah memulakan aktiviti mereka dengan menceriakan makmal rangkaian . Mereka telah disuruh untuk mencat makmal dan sebagainya . 

Beralih dari itu , saya juga ingin memberitahu bahwa kami diminta untuk menyiapkan blogs kami yang telah kami jaga dari tahun lalu . Banyak maklumat yang kami telah masukkan kedalam blogs ini . Walaupun ianya setakat ala kadar kata orang , tapi ia sangat bermakna buat kami yang membuatnya , kerana kami telah bertungkus lumus untuk menlaksanakannya . 

Sunday 1 February 2015

Pengenalan KSK 2015 sem 3

   haiii , kami telah memulakan pengajian kami semula . Hari ini 2.02.2015 kami telah berkenalan dengan subjek yang akan kami pelajari dalam SEM 3 ini . Kami telah dibahagikan kepada 4 MODUL yang akan diajar oleh Pensyarah kami iaitu En. Johny , Cik. Rosmawati dan Mr. Kasius . 

Modul 1 ,

Kami akan belajar tajuk COMPUTER SETUP yang terbahagi juga kepada 6 kemahiran iaitu bagaimana untuk setup kawasan area komputer . Selain itu , kami juga belajar setup komponen sistem unit komputer  , setup aksesori komputer , install operasi sistem komputer , install pemandu peranti ( device drivers ) dan install aplikasi software . 


Modul 2
Modul 2 ini bertajuk Computer Preventive Maintenance atau Peralatan komputer . Dalam modul ini telah dibahagikan kepada 9 kemahiran yang telah kami pelajari sedikit . Antara tajuk kecilnya ialah  mendiagnos system yang ralat atau yang berbunyi bip . Selain itu , mengekalkan system unit komputer , mengekalkan aksesori / peripherals komputer , mengekalkan kawasan kerja system komputer . Di samping itu , menjalankan pemasangan bahagian , mendiagnos  ancaman komputer , scan ancaman komputer , melaksanakan back up data , dan memantau kerja penyelenggaraan pencegahan .



Modul 3
Dalam modul 3 ini , kami telah diperkenalkan dengan Basic Computer network setup . Ianya telah terbahagi kepada 6 bahagian kemahiran juga , yang mengambil kira penyediaan persekitaran rangkaian komputer , menyediakan rangkaian susun atur komputer , menghasilkan dokumentasi rangkaian komputer , menyediakan keperluan hardware dan software , menyediakan plan aktiviti , dan menyelaras dengan jabatan lain yang berkaitan serta vendor .


Modul 4
In mOdul 4 , it teach us about Install Computer Network Cabling , Install Computer Network equipment , Establish Computer Network Connectivity and install network operating system .



Aktiviti awal tahun

 Haii rakann semua ?? Apa khabar ?? Selamat bertemu kembali di tahun 2015 . Pada awal tahun ini kami telah memulakan aktiviti kami dengan gotong - royong untuk membersihkan makmal dan kelas . Kami dikehendaki untuk membersihkan dan menceriakan makmal kami kerana makmal kami telah ditinggalkan dalam tempoh 1 bulan lebih , oleh itu makmal kami agak berhabuk sedikit dan perlu untuk dibersihkan semula bagi mengelakkan perkara yang tidak diingini berlaku .