Sunday, 10 August 2014

KETERANGAN MENGENAI BEBERAPA PERISIAN UTILITI

Keterangan mengenai Perisian Utiliti ........


Os based utility

Os based utility terbahagi kepada 2 iaitu Scan Disk atau Disk Scanner dan penyusunan cekera

 (Disk defragmenter).

Disk Scanner
Scan Disk adalah salah satu alat maintenance yang paling biasa digabungkan dengan sistem operasi 

seperti windows. Ini adalah perisian aplikasi yang digunakan untuk mengesan dan membetulkan 

masalah di hard disk atau floopy disk komputer. Setelah scan disk mencari dan menemukan kesalahan 

dalam hard drive. Manakala fail yang tidak digunakan akan dibuang atau cuba untuk memperbaikinya. 

Kesalahan yang sering ditemui disebabkan termasuk:

i)    Sistem yang sering rosak

ii)    Aplikasi sistem yang penting tidak ditutup dengan betul.

iii)    Adanya program berbahaya seperti virus,Trojan dan lain-lain.

Setelah Scan Disk selesai tugasnya, aplikasi ini akan memberikan laporan yang mengandungi 

kesalahan yang telah dijumpai dan jumlah ruang cakera yang telah diimbas. Oleh itu penting bagi 

pengguna untuk menggunakan aplikasi Scan Disk kerana memastikan bahawa data mereka selamat

 daripada rosak. Dengan itu, barulah ada jaminan bahawa komputer mereka akan beroperasi dengan baik.

Disk Defragmenter
Walaupun hard drive semakin canggih  namun masih lagi terdapat kelemahannya dari segi penjagaan

 drive. Bila fail dicipta, dihapus, atau diubahsuai sudah pasti akan menjadi Fragmented. Fragmented 

bermaksud fail tidak disimpan dalam satu tempat secara keseluruhannya atau lebih dikenali oleh 

pengguna komputer sebagai sebuah lokasi contiguous (berdekatan).

Bahagian-bahagian fail yang berlainan bertaburan di seluruh hard disk dalam bentuk cebisan 

noncontiguous. Semakin banyak fragmented file di dalam sebuah drive maka semakin berkuranglah 

kemampuan dan keupayaan drive head kerana ia terpaksa mencari kesemua cebisan-cebisan itu di 

lokasi-lokasi yang berbeza. Disk Defragmenter Utility direka untuk menyusun semula fail noncontiguou

ke fail contiguous dan mengoptimumkan penempatan mereka pada hard drive untuk meningkatkan 

keupayaan dan prestasi. Perisian ini mengenalpasti fail dan ruang yang tidak diperlukan yang akan 

menjadikan komputer lebih laju.

Non os based Utility
Non os based terdiri daripada 2 jenis perisian iaitu perlindungan virus dan utiliti pemampatan. 

Perlindungan virus
perisian ini wajib dipasang pada setiap computer untuk mengimbas, menangkis dan melindungi data 

dan computer anda daripada serangan virus. Ia akan mengimbas cakera keras, ingatan kilat, dan 

ingatan utama bagi mengesan dan seterusnya menghapuskan virus yang di kesan. 

Untuk perlindungan yang beterusan, perisian ini hendaklah sentiasa “up-to-date” iaitu kemaskini pada 

fail tandatangan virus (virus IDE) antivirus. Contoh perisian utiiti ini adalah Nortan Internet Security, 

Avira Antivirus, Mcfee Viruscan, Karpersky Anti-Virus.
                        

Pemampatan Data
Utiliti pemampatan data digunakan untuk memampat dan nyahmampat fail untuk menjimatkan ruang 

penyimpanan, meningkatkan kelajuan penghantaran e-mel dan mengurangkan masa memuat turun fail.

 Antara fail yang biasa dimampat adalah dokumen, fail video, fail grafik atau fail audio. Fail yang 

dimampat di panggil termampat (zipped) yang mempunyai format fail .zip atau .rar. Antara contoh 

perisian pemampatan fail yang popular adalah WinZip, WinRAR dan PKZIP.
                        

No comments:

Post a Comment