Sunday 27 September 2015

Kerosakan Pada System Unit

Sistem Unit hanya melibatkan 3 komponen iaitu CPU ( Processor ), Hard Disk, dan RAM. 

Secara keseluruhannya kita akan mempelajari berkenaan dengan cara memeriksa kerosakan sistem unit komputer dan tindakan yang perlu dilakukan untuk menyelesaikan masalah yang berlaku.


  • Apabila komputer mengalami masalah, beberapa ujian untuk mengesan kerosakan perlu dilakukan
  • Terdapat beberapa peralatan ( tools ) dan perisian yang direka untuk mengesan kerosakan. 
Tujuan Diagnosis ini dilakukan kerana bagi menjimatkan kos kerosakan , dan mengesan kerosakan. 



PROSEDUR MELAKUKAN UJIAN DIAGNOSIS KOMPUTER 
  1. Komputer bermasalah/ rosak
  2. Memeriksa komputer atau peranti menggunakan BIOS/ OS
  3. Ujian diagnosis komputer menggunakan software
  4. Ujian diagnosis komputer menggunakan peralatan ( tools )
  5. Cadangan baik pulih komputer
  6. Baik pulih komputer.
Alatan yang digunakan ialah Peralatan ( tools) dan Perisian ( software )

Peralatan yang digunakan ialah 
  • Test pen 
  • Voltmeter / Multimeter
  • Cable tester 
  • Peranti komputer
  • Alat diagnosis yang dikeluarkan oleh syarikat pengeluar peranti komputer
  • Diskette terutama boot disk
  • Power supply
Perisian yang digunakan :

  1. Diagnosis tools yang disediakan oleh Sistem Operasi (OS) / Scandisc @ Disk Defragment
  2. Shareware atau freeware- perisian yang di download daripada internet sama ada berbayar atau percuma contoh AVG.
  3. Utility software - perisian yang direka oleh syarikat luar sama ada berbayar atau percuma contohnya, SMADAV .
Diagnosis program yang disediakan oleh Sistem Operasi (OS)
  • Scandisc
  • Disk Defragment
  • Direct Diagnosis Tools - Lebih kepada menguji graphic, sound dan network
  • Ujian diagnosis - Test direct 3D , Test direct Draw
  • Ujian Sound - Test Direct Music
  • Ujian Network - Test Direct Play. 

No comments:

Post a Comment