Sunday, 26 April 2015

kaedah utama komunikasi

Merekod maklumat
1.      Nota/buku catatan
*           Tulisan jelas dan mudah difahami

2.     P.D.A (electronic)
-         Seperti computer mudah alih

3.     Alat perakam suara
-         merekod suara penyampai agar isi-isi yang disampaikan tidak hilang bergitu sahaja malah boleh didengar sebagai bahan ulang kaji atau rujukan


4.     Peta minda
*           Membantu memahami maklumat secara logical
5.     Kamera/ kamera video
*           Membantu merekod maklumat yang didapati daripada pemerhatian

Pemerhatian
Pemerhatian ialah kemahiran memahami apa yang dilihat .
Kaedah memerhati dengan efektif:
*           Perhati dengan minat
*           Ambil kedudukan yang terbaik
*           Catat nota bila perlu
*           Kaedah- maklumi, tunjuk, buat dan susulan
*           Bertanya untuk ulangan atau ketidakjelasan
Memberi maklum balas- focus kepada isu bukan orang/ personalitinya
*    Tujukan kepada perkara yang di dalam kawalannya, yang berkuasa diubahnya
*    Tepat pada waktunya
*    Beri cadangan pilihan
*    Dengar penjelasannya walaupun tidak bersetuju

Perbezaan bahasa boleh menggunakan 3 teknik iaitu:
1.      Alat Bantuan Visual
2.     Demonstrasi
3.     Penterjemahan

PENDENGAR SECARA EFEKTIF

Tiga jenis pendengaran
*    Mendengar secara efektif
*    Pendengar yang tidak efektif
*    Pendengar yang efektif


Membaca secara efektif
*    Focus kepada topic penting yang berkaitan
*    Menilai maklumat yang dibaca
*    Kaitkan struktur maklumat bertulis untuk lebih memahami kaitan antara topic
*    Scanning – rambang
*    Baca untuk kefahaman – guna kamus dan dll
*    Baca secara terperinci untuk dipetik
*    Pemerhatian yang tajam.

Bercakap dan menulis
          Penyampaian lisan dan penulisan yang tidak efektif akan meyebabkan maklumat yang disampaikan tidak tepat . Faktor yang mempengaruhi penulisan dan percakapan ialah :
*    Bahasa- harus sepadan dengan tahap pendengar
*    Pertuturan-mesti fasih dalam bahasa dan meyampai dengan jelas
*    Turutan topic-disampaikan dalam turutan yang mudah difahami
*    Kaitan topic-perlu berkait rapat antara 1 sama lain.


KOMUNIKASI

KOMUNIKASI
Komunikasi bagi saya ialah interaksi antara 1 sama yang lain
Terdapat beberapa kaedah utama dalam komunikasi ;

Mendengar dan Membaca
          Mendengar dengan baik penting untuk membantu pemahaman yang lebih tepat. Ia menggabungkan aktiviti fizikal dan mental tetapi ia juga akan melibatkan halangan fizikal dan mental spt bahasa, kebisingan dan penyampaian.

Kaedah Mendengar yang berkesan adalah:
*    Bertanya dan minta penjelasan
*    Beri maklumbalas
*    Tumpukan perhatian
*    Angguk
*    Bersabung mata
*    Membongkok ke hadapan
*    Catit/ rekod
*    Ringkaskan ( paraphrase) dan minta persetujuan


KOMUNIKASI

Pada hari ini , kami telah mempelajari berkaitan deng komunikasi . Topik komunikasi ini telah kami pelajari semasa sem pendek ( employability skills ) dalam topik ini , ia mengajar berkaitan dengan apa itu komunikasi , mendengar secara efektif , membaca secara efektif dan banyak lagi . mari lihat apa yang dimaksudkan dengan komunikasi. Komunikasi bagi saya ialah interaksi antara 1 sama yang lain .

Monday, 9 March 2015

Apa itu Kabel ?



 Apa itu kabel ?

Kabel bermaksud 1 media dimana maklumat akan dipindahkan dari 1 peranti rangkaian ke satu peranti rangkaian yang lain. Jenis-jenis kabel yang biasa digunakan di dalam Rangkaian Kawasan Setempat (LAN) ialah Kabel Tidak Berlapik Pasangan Berpintal @ Unshielded Twisted Pair
(UTP), Kabel Berlapik Pasang Berpintal @ Shielded Twisted Pair (STP), Kabel Sipaksi (Coaxial), Kabel Fiber Optik dan Penghantaran tanpa Wayar ( Wayar Transmission).


UTP

Merupakan kabel yang paling popular dan pilihan utama kepada rangkaian-rangkaian di sekolah-sekolah dan mana-mana tempat sahaja. Kualitinya adalah berbeza dari wayar telefon hingga wayar yang mempunyai kepantasan yang tinggi. Ianya mempunyai 4 pasang wayar dan setiap pasang berpintal dengan jumlah pintalan yang berlainan bagi setiap inci untuk membantu menyingkirkan gangguan dari pasangan wayar yang berhampiran atau dari peranti berelektrik yang lain.




COAXIAL

Merupakan 1 wayar tembaga yang bertindak sebagai media pengalir elektrik yang terletak di tengah-tengah. Lapisan plastik sebagai pemisah kepada wayar tembaga yang berada ditengah-tengah dengan 1 lapik pintalan besi.


FIBER OPTIK

Mengandungi satu teras yang dibuat daripada kaca yang terletak di tengah-tengah.





























t

Monday, 2 February 2015

TEKNOLOGI ATAU ICT DI KVLD

  Berdasarkan pemerhatian saya tahun ini , dunia kini semakin bertambah maju . Terutamanya dalam bidang ICT atau teknologi . Ramai rakyat Malaysia kini yang mengejar kekayaan dan kesenangan dalam era globalisasi ini . 

    Saya ingin menceritakan tentang pemerhatian yang berlaku di Kolej Vokasional Lahad Datu. Berdasarkan pemerhatian saya , ramai kalangan pelatih yang telah menggunakan Laptop atau komputer riba yang canggih . Selama ini , seperti yang kita ketahui bahawa laptop jenama ACER amat terkenal di dalam kalangan masyarakat  , namun kini ACER telah ditandingi oleh ASUS yang telah membuat atau mencapai laptop i7 iaitu laptop mempunyai had kelajuan yang tinggi dari laptop biasa . 
    Sekian saja dari saya , boleh kita guna laptop yang sedemikian , tetapi jangan disalah gunakan seperti memain game , dan sebagainya . Jangan merosakkan laptop yang sedia ada .


3 FEBRUARI 2015

 Pada hari ini , 3 February 2015 , saya telah mengemas dan menceriakan kelas 2 KSK  . Selaku penghuluwati saya harus menjalankan tugas saya dengan berdedikasi . Saya mesti memantau kekurangan dan keperluan di dalam kelas. Semasa di kelas , saya bersama dengan Farhan telah memasang kain di bawah papan putih supaya keadaan kelas nampak lebih ceria dan menarik . 

  Selain itu , saya juga telah berkenalan dengan freshie ICT / KSK tahun 1 . Mereka telah diwakili dalam 16 orang , 12 lelaki dan 4 perempuan . Mereka juga telah memulakan aktiviti mereka dengan menceriakan makmal rangkaian . Mereka telah disuruh untuk mencat makmal dan sebagainya . 

Beralih dari itu , saya juga ingin memberitahu bahwa kami diminta untuk menyiapkan blogs kami yang telah kami jaga dari tahun lalu . Banyak maklumat yang kami telah masukkan kedalam blogs ini . Walaupun ianya setakat ala kadar kata orang , tapi ia sangat bermakna buat kami yang membuatnya , kerana kami telah bertungkus lumus untuk menlaksanakannya . 

Sunday, 1 February 2015

Pengenalan KSK 2015 sem 3

   haiii , kami telah memulakan pengajian kami semula . Hari ini 2.02.2015 kami telah berkenalan dengan subjek yang akan kami pelajari dalam SEM 3 ini . Kami telah dibahagikan kepada 4 MODUL yang akan diajar oleh Pensyarah kami iaitu En. Johny , Cik. Rosmawati dan Mr. Kasius . 

Modul 1 ,

Kami akan belajar tajuk COMPUTER SETUP yang terbahagi juga kepada 6 kemahiran iaitu bagaimana untuk setup kawasan area komputer . Selain itu , kami juga belajar setup komponen sistem unit komputer  , setup aksesori komputer , install operasi sistem komputer , install pemandu peranti ( device drivers ) dan install aplikasi software . 


Modul 2
Modul 2 ini bertajuk Computer Preventive Maintenance atau Peralatan komputer . Dalam modul ini telah dibahagikan kepada 9 kemahiran yang telah kami pelajari sedikit . Antara tajuk kecilnya ialah  mendiagnos system yang ralat atau yang berbunyi bip . Selain itu , mengekalkan system unit komputer , mengekalkan aksesori / peripherals komputer , mengekalkan kawasan kerja system komputer . Di samping itu , menjalankan pemasangan bahagian , mendiagnos  ancaman komputer , scan ancaman komputer , melaksanakan back up data , dan memantau kerja penyelenggaraan pencegahan .



Modul 3
Dalam modul 3 ini , kami telah diperkenalkan dengan Basic Computer network setup . Ianya telah terbahagi kepada 6 bahagian kemahiran juga , yang mengambil kira penyediaan persekitaran rangkaian komputer , menyediakan rangkaian susun atur komputer , menghasilkan dokumentasi rangkaian komputer , menyediakan keperluan hardware dan software , menyediakan plan aktiviti , dan menyelaras dengan jabatan lain yang berkaitan serta vendor .


Modul 4
In mOdul 4 , it teach us about Install Computer Network Cabling , Install Computer Network equipment , Establish Computer Network Connectivity and install network operating system .



Aktiviti awal tahun

 Haii rakann semua ?? Apa khabar ?? Selamat bertemu kembali di tahun 2015 . Pada awal tahun ini kami telah memulakan aktiviti kami dengan gotong - royong untuk membersihkan makmal dan kelas . Kami dikehendaki untuk membersihkan dan menceriakan makmal kami kerana makmal kami telah ditinggalkan dalam tempoh 1 bulan lebih , oleh itu makmal kami agak berhabuk sedikit dan perlu untuk dibersihkan semula bagi mengelakkan perkara yang tidak diingini berlaku . 

Wednesday, 3 December 2014

keadaan semasa cuti

hmmp , time cuti nhee .. lama dak bukak ne blogger bhaa. jgan risau , akan ku sambung nnty tahun depan untuk kasi update post nya . hhaha . ak rindulah di makmal kami di Kolej Vokasional Lahad Datu . Makmal kesayangan kan . hmmp . suka dan duka ada di sanaaa , d sana ak belajar sesuatu yang baru dari kawan2 dan juga gurru sayaa .. hmmp . like laaa nie tempatt .  p Cyber baru dapat update blog . Bloge untuk 4 tahun . untuk pengetahuan kamu . ak baru tahu mcam mna mau hantar email. ini lah pengalaman pertama kuu . hahah . dak paaa ICT goooooo .. hahhaa . lebiuu blogg . see u next time yaa. .. misss uu .. hahha . hope ak dak lupalaaa nee blogg .. haha . blog yang ketiga uda nee . ak lupa password la . email laa .. hahhaa .. dak paa. ak take note udaaaa ..