Wednesday 15 October 2014

PERSIAPAN UNTUK AMALI KSK 201

Pada hari Isnin yang lalu, budak ICT KVLD telah mengulangkaji berkaitan dengan Subnetting. Subnetting ialah proses memecah suatu IP jaringan ke sub jaringan yang lebih kecil yang disebut "subnet".

ULANGKAJI 1

Network Address 192.168.1.0/26

Pertanyaannya ialah berapakah jumlah subnet?

fOrmula bagi jumlah subnet ialah 2^y . Oleh itu, kita boleh memecah IP address tersebut mengikut octet dan nilai bit yang bersamaan dengan 26 nilai bit . 26 nilai bit ialah seperti berikut ( 11111111. 11111111. 11111111. 11000000 ). Mengapakah 1nya kurang di octet yang terakhir?? Ini kerana nilai 1 tersebut mengikut nilai bit yang telah diberikan. Jika nilai bit ialah 21 maka 1 akan ada sebanyak 21 . Dengan itu, saya boleh menjelaskan bahawa jumlah subnet ialah 2^2 = 4 Subnet .
Ini kerana 2 akan di ^ dengan nilai bit yang berada di octet terakhir.


Selain itu, fOrmula bagi  Jumlah Host per Subnet pula ialah ( 2^y-2)
jumlah host per subnet sma dengan jumlah subnet cuma jumlah host per subnet dikira dengan mengirakan nilai kosong yang ada di octet terakhir . Oleh itu, saya boleh menjelaskan bahawa nilai jumlah host per subnet ialah 2^6-2= 62 per subnet.  Seterusnya, blok subnet pula ialah sama dengan IP max- nilai octet yang terakhir subnet mask ).  Sebagai contoh, IP max bersamaan dengan 256, nilai octet terakhir subnet mask pula 224 . 224 ini didapati dari nilai bit yang terletak di octet yang terakhir.

Jika kita ingin mencari Alamat Host dan Broadcast yang valid pula dibuat dengan Table yang mengandungi bilangan, network , alamat valid dan broadcast. Network akan dimulakan dengan 0, alamat valid akan dibuat dari 1 - nilai blok subnet -2 .dan Broadcast pula ialah nilai sebelum blok subnet .. contohnya , nilai blok subnet 64 , maka Broadcastnya ialah 192.168.1.63 .


Ulangkaji yang seterusnya ialah soalan pengukuhan .

Sebuah syarikat ingin membuat subnet rangrkaian yang mempunyai 27 host (pc). Subnet mask manakah yang paling sesuai untuk digunakan. 

Dengan masalah yang kita ada, kita boleh menggunakan formula yang sama seperti yang ditunjukkan di ulangkaji 1 .

Jumlah subnetnya ialah 2^3=8 subnet . Hal ini kerana terdapat 3 nilai bit yang berada di octet yang terakhir. Seterusnya , jumlah host per subnet pula 2^5-2 = 30 host per subnet. Ini kerana terdapat 5 nilai kosong pada octet yang terakhir. Blok subnet pula ialah 256-224 = 32 blok . 224 didapati dari pengiraan bagi setiap nilai octet .


Soalan pengukuhan yang terakhir pula ialah:

Sebuah komputer A gagal disambungkan Internet melalui LAN  ( switch ) . Konfigurasi adalah seperti yang ditunjukkan .



router  192.0.2.179/27
            198.18.166.33/27

switch

Komputer A  ( Address: 198.18.166.65)
                      ( Mask : 255.255.255.240)
                      (Gateway: 198.18.166.33)

Apakah masalah yang telah berlaku ??
= Ungkapan CIDR pada router 1 ialah 198.18.166.33/27. Oleh itu, dalam bentuk decimal subnet mask yang sepatutnya yang digunakan oleh komputer A ialah 255.255.255.224 . Masalah yang seterusnya pula ialah alamat IP yang salah . Blok subnet  256-224- 32.

 Masalah yang seterusnya ialah terdapat router yang mempunyai alamat IP 192.168.1.1/24 . Sebuah komputer A mempunyai address 192.168.10.50, subnet mask 255.255.255 224 dan gateway 192. 168.1.2 .

Apakah masalah yang telah dihadapi sekarang ?

Masalahnya ialah subnet mask yang telah diberikan ialah salah kerana nilai bit yang telah diberikan ialah 24 . Address yang telah diberikan ialah salah juga kerana addres yang sebetulnya ialah 192.168.1.67. Gatewaynya juga salah kerana sepatutnya gatewaynya ialah 192.168.1.1 hal ini kerana gateway harus sama dengan router .